Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, 2 negeri Borneo dan 3 wilayah persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer persegi. Malaysia terbahagi kepada 2 kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borne…
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, 2 negeri Borneo dan 3 wilayah persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer persegi. Malaysia terbahagi kepada 2 kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.
  • Pusat pentadbiran: Putrajaya
  • Agama (2021): 63.5% Islam (rasmi) · 18.7% Buddha · 9.1% Kristian · 6.1% Hindu · 1.8% Tidak diketahui · 0.9% lain-lain
  • Demonim: Orang Malaysia
  • Kerajaan: Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
  • Badan perundangan: Parlimen
  • KDNK (PPP): 2023
  • KDNK (nominal): 2023
Data daripada: ms.wikipedia.org